Thursday, 24 March 2011

Panduan Menanam Terung

Since, saya sudah decide untuk menanam terung di kebun saya, saya telah mencari panduan menanam terung yang betul. Dan apa yang saya jumpa adalah:-

Panduan Menanam Terung:

Penanaman di Ladang 
- Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 cm.
- Sediakan batas berukuran 1.2m lebar & 22 - 30cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
- Jarak antara batas ialah 45cm.
- Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak  50kg bg 50m/segi.

Menyediakan Anak Benih
- Sediakan kotak semaian berukuran 45cmx22cm.
- Isikan kotak semaian dengan tanag campuran yg mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput / kompos dan 1 bahagian pasir.
- Semai 3g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dgn lapisan tanah yg nipis.
- Jarak antara barisan tanah biji benih ialah 5 cm dan 2cm antara benih. Siram dgn penyiram yg mempunyai semburan halus dua kali/hari.
- Kotak semaian mesti dilindungi dari c/matahari dan air hujan yg berlebihan.
- Pindahkan anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. Sebelum itu, dedah anak benih kepada c/matahari yg penuh selama 3-4hari untuk mengeraskan tanahnya.

Penanaman di Farm
- Sebelum cabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.
- Gali dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
- Jarak tanaman 90cm antara pokok dan 60cm antara baris.

Penjagaan
- Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali HUJAN.
-Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap dua minggu.
-Gunakan kepingan plastik/ rumput2 kering atau pelepah kelapas sebagai sungkupan.
-Bersihkan batas-batas daripada rumput rampai dgn menggunakan tangan, cangkul atau tajak.
- Sediakan satu kayu sokongan berukuran 1.5m(5 kaki) dipacak berdekatan tiap2 pokok. dahan2 pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena padan permukaan tanah.
- Sembur racun serangga CARBARYL (sevin pada kadar 1 sudu besar @ 10g segelen air) untuk mengawal ulat lipas daun, kumbang daun dan pengorek buah.
- Gunakan racun kulat maneb (spt megamaneb pada kadar 1 sudu besar / 10g segelen air) utk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomy (spt benlate pada kadar 1 sudu teh @ 3g segelen air) utk mengawal bintik daun.

Memungut Hasil
- Mulalah memetik 10 minggu selepas menanam. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari.

waa....good luck for me. hehe....
Thanks for viewing...will update soon! ^_^

No comments:

Post a Comment